Pages

Sunday, May 18, 2008

minggu terakhir semesta satu


kerabat-kerabat kspj pj2008 telah bersedia untuk semesta ke 2, cuma kesibukan kini makin terasa dengan tugasan-tugasan terakhir seperti assigment,folio dan power point. Kecekapan dan pengalaman kerabat-kerabat kami terserlah, segala halangan dan rintangan semua dapat di atasi dengan cemerlang dan jayanya.tahniah kerabat-kerabat kspk pj, teruskan kemerlangan anda

assigment oh assigment


kelam kabut kerabat-kerabat kspk pj nak kena siapkan assigment yang banyak tapi taklah banyak sangat cuma pening cikit. setahu bos, kerabat-kerabat kspk ni nampak je selamba tapi cekap dan sentiasa bersedia. Jangan pandang tanpa mata yeee.

Saturday, May 17, 2008

ujian renang 15 mei 2008


Syabas rakan-rakan kspk pj, tahniah atas kejayaan kalian.setiap kepayahan kalian lalui bersama, kini kejayaan tetap kalian miliki. selaku k. unit terima kasih kepada en. Muhamad Yunus bin Ibrahim di atas tunjuk ajar hingga kami berjaya ketahap ini, pada kawan-kawan jangan putus asa terus berenang dengan teknik - teknik yang betul. Syabas buat yang hebat, teruskan usaha buat yang kurang hebat cikit jeeeeeeeeeee.

Sunday, May 11, 2008

puteri aisyah dan puteri asma'

kenakalan diri mu banyak mengajar abah erti menjadi seorang ayah yang sabar dan tabah.semoga anak-anak abah menjadi insan yang solehah dan bijaksana seterusnya menjadi anak yang taat pada ajaran islam

Wednesday, May 7, 2008

kesihatan family

kesihatan diri mesti dijaga,akhir-akhir ini ramai kawan kspk pj diserang demam panas, tidak ketinggalan juga anak-anak kami turut demam. Minggu ini anak sahabat kami, saudara amirul aswadi telah dimasukkan ke wad 6ef akibat demam panas yang melampau. semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran pada amirul sekeluarga dan anaknya cepat sembuh

Sunday, May 4, 2008

ujian renang

kspk pj 2008 akan menjalani satu ujian renang pada 15 mei 2008, beberapa teknik renang akan di nilai antaranya gaya bebas, gaya kupu-kupu, gaya lentang dan sabagainya. Ujian ini akan dinilai oleh penyelia dan pensyarah kami encik Mohammad Yunus bin Ibrahim. Semoga kspk pj 2008 berjaya dan maju jaya.
"KSPK PJ 2008 HEBAT"

krisis rumahtangga kajian di jab.agama Islam Terengganu

Pembentukan dan pembinaan sesebuah keluarga merupakan landasan menuju ke arah pembentukan sebuah masyarakat dan negara malah kejituan, kemantapan, kejayaan dan kesejahteraan setiap negara terhasil dari acuan rumahtangga yang optimis. Kerukunan rumahtangga merupakan suatu perkara yang seringkali dianggap sebagai suatu perkara yang senang untuk dilaksanakan, namun tidak semua manusia yang dapat menyempurnakan dengan baik lantaran tidak menjadikan al-Quran dan al-sunnah sebagai pedoman dalam hal tersebut. Oleh itu adalah penting bagi memahami dengan jelas dan mendalam institusi rumahtangga dan permasalahan yang berkaitan dengannya. Kajian ini dijalankan bagi memahami syiqaq antara suami isteri dan cara penyelesaiannya menurut Islam. Tempat kajian adalah di unit kaunseling di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT). Kajian ini dijalankan melalui penggunaan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan pasangan yang paling banyak mendapat kaunsling adalah pasangan berusia pertengahan dan bertaraf sosioekonomi sederhana. Pasangan yang mempunyai taraf sosioekonomi sederhana lebih banyak membuat aduan tentang kegagalan memberi nafkah, pasangan yang mempunyai taraf sosioekonomi tinggi pula lebih banyak membuat aduan tentang poligami atau tidak berlaku adil dan pasangan yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah lebih banyak membuat aduan tentang pengabaian agama, masalah sosial atau penyalahgunaan dadah. Kes-kes pasangan yang mempunyai tahap pendidikan yang sederhana lebih banyak diselesaikan melalui kaunseling dan kes-kes pasangan yang mempunyai tahap pendidikan yang sederhana lebih banyak dibawa ke mahkamah. Majoriti kes yang dikendalikan oleh Unit Kaunseling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu pula didapati diselesaikan dalam masa tiga bulan atau kurang. Secara keseluruhannya kajian ini merangkumi perbincangan dan perbahasan mengenai konsep syiqaq dan cara penyelesaiannya secara lebih khusus dan terperinci berpandukan al-Quran dan al-sunnah sebagai sokongan hujah terhadap persoalan yang dibincangkan.

Puteri Aisyah Mohd Zawawi ( 14 bulan )

Aidil Fitri 2007

Tautan Kasih dan Sayang (4 jun 2005)

puisi renungan bersama

Generasi wawasan harapan Negara

Hindari diri ke lembah durjana

Terbayang diulit sengsara bersulam dusta

Dengan ini hidup merana tak bermaruah

Jadikan quran dan sunnah

Sumber hidayah

Tempuhi cabaran ummah

hapuskan dadah musuh durjana

Marilah menyahut

Seruan wawasan

Ke arah kehidupan

insan cemerlang

Satukan tenaga

Gabungkan usaha

Ke arah kehidupan

Insan sejati

Awaslah dadah berbahaya

Merancuni minda mencemar jiwa

Jadilah insan berguna

Agar hidup bahagia 2x

Bersatu teguh bercerai kita roboh

Bersatu teguh bercerai kita roboh / Hidup cemerlang bebas tanpa dadah

Bersatu teguh bercerai kita roboh






kelebihan bulan islam

Bulan Rabie As Thani.


1. Peperangan di Najran pada tahun ke-3 Hijrah.

2. Pengusiran Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah pada tahun ke-4 Hijrah. Rasulullah saw pergi ke perkampungan mereka untuk meminta bantuan bagi menebus kematian dua orang dari kabilah Bani ‘Amir yang telah dibunuh oleh ‘Amr bin Umaiyah Ad Dhumariy. Kumpulan Yahudi tersebut adalah sekutu Bani ‘Amir dan mereka berjanji untuk menolong Nabi saw di dalam penebusan bayaran itu. Dengan itu mereka meminta Baginda saw supaya duduk menunggu di dalam dewan untuk dihidangkan makanan tetapi di sebalik permintaan tadi mereka bersepakat untuk melakukan pembunuhan ke atas Rasulullah saw. Huyai bin Akhtab seorang pembesar mereka telah mengarahkan supaya dicampakkan ke atas Baginda saw seketul batu besar dari bahagian atas dewan yang Baginda saw sedang berehat di bawahnya. Tetapi Allah swt telah menceritakan kepada Nabi saw tentang kehendak kaum Yahudi tadi dengan diutuskan wahyu kepadanya saw. Lalu Baginda saw keluar dari tempat tersebut pulang ke kota Madinah seraya menghantar perutusan kepada mereka supaya keluar dari Madinah kerana mereka telah melanggari perjanjian damai bersama Nabi saw. Nabi saw beserta para sahabat telah mengepung perkampungan mereka selama 15 hari sehinggalah mereka keluar dari Madinah. Mereka telah memusnahkan kesemua rumah mereka semasa kepungan itu manakala tentera Islam memusnahkan dan membakar apa yang berada berhampiran dengan mereka. Akhirnya Kaum Yahudi bersetuju untuk keluar dari Madinah dengan dijamin keselamatan jiwa mereka dan dibolehkan membawa makanan dan pakaian tanpa senjata. Kebanyakan mereka keluar menunggang 600 ekor unta menuju ke perkampongan Khaibar manakala sebahagian lagi menuju ke negeri Syam. Harta rampasan mereka telah dibahagikan oleh Rasulullah saw kepada kaum Muhajirin Makkah sahaja tanpa kaum Ansar dengan persetujuan mereka. Nabi saw berdoa pada hari itu untuk kaum Ansar dengan kata Baginda saw : “Ya Allah rahmatilah Al Ansar dan anak-anak mereka”. Di situ juga Nabi saw memberi 2 orang dari kaum Ansar kerana mereka amat miskin. Di dalam peristiwa ini Allah swt menurunkan surah Al Hasyr.

3. Peperangan Al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan Nabi saw bagi memburu ‘Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madianah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.

4. Perutusan ‘Ukkashah bin Mihsan ke Al Ghamar disertai oleh 40 orang tentera Islam. Tujuannya bagi menyerang kabilah Bani Asad tetapi apabila tentera Islam sampai ke perkampongan mereka di sebuah oaisis, mereka dapati tiada berpenghuni, cuma ada beberapa binatang ternakan dan 200 ekor unta lalu ‘Ukkasyah dan tentera Islam membawanya pulang ke Madinah.

5. Pengepungan Damsyik pada tahun 14 Hijrah ( 635 Masihi). Ianya berterusan selama 70 malam diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid.



Waktu Solat