Pages

Tuesday, October 29, 2013

Tahun Baru

Tahun Baru islam akan menjelma,apakah azam baru nanti? namun azam tahun ini dah tercapai ke? Jom kawan-kawan muhasabah diri kita, apakah kita sudah ok tau ko?muhasabah hubungan kita dengan allah, rasulnya dan sesama insan. Jadikan dir kita lebih baik dahulu sebelum menghukum orang lain. Selamat tahun baru hijriah. semoga terus dibawah payungan arash Allah

Monday, October 28, 2013

mendaki bukit besar



kecergasan fizikal amat penting pada kami pelajar-pelajar kspk pj 2008

tahun 2013

Suka dan duka yang dilalui telah banyak memberi kekuatan pada ku.di awal tahun dapat pindah ke kampung bersama keluarga terasa dunia ini semuanya indah,kawan yang masih berulang-alik demi tanggungjawab bersabar dan teruskan usaha,pengalaman ini banyak mengajar aku tentang kesusahan,kebencian,dendam,sabar dan kesetiaan. Dulunya ramai kawan yang bersama tapi dikala kesempitan entah ke mana, tiada taringlah, tiada powerlah semua alasan-alasan dunia.
selepas pemergian ayah,aku kehilangan insan yang banyak memotivasikan diri ini,aku pasrah,dikala aku kebuntuan,pusara ayahlah tempatku ziarah,berdoa dan hadiahkan al-quran untuk ayah,seolah-olah kekuatan diri ini kembali, segala nasihat dan tunjuk ajar ayah serta amanahnya seakan-kan kembali mengatasi jiwa yang suram ini. aku sekali lagi dikejutkan dengan pemergian ibuku 3 oktober 2013.aku seperti hilang semuanya,tiada lagi yeguran,tiada lagi nasihat tiada lagi marah mereka, aku amat merindui semua itu. Kawan - kawan ,ingat setiap patah perkataan yang mereka luahkan bagaikan emas dan permata,sayangilah mereka dikala mereka masih bersama. Al-fatihah buat ibu dan ayah,semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,aminnnnnn

Waktu Solat