Pages

Thursday, October 29, 2009

exam3

demam peperiksaan makin terasa dikalangan guru-guru, yang pelik pelajar relax semacam je tak ada pa yang nak difikirkan seolah-olah dah penuh ilmu didada dah siap sedia untuk menjawab. saya teringat zaman remaja dulu, maka exam nie dah macam nak mati je, takut sangat2.mungkin pelajar kini terlalu hebat ke terlalu bodoh sombong.harap2 pelajr kita semakin matang dengan globalisasi kini. dunia semakin canggih, sesiapa yang hebat terus kehadapan dan yang bodoh sombong duk berangan sorang2.

Tuesday, July 21, 2009

israk mikraj

rejab menceritakan segalanya,bulan yang mulia sisi umat islam. Sejarah membawa pelbagai peristiwa besar seperti kewajipan solat. Hakikatnya setiap kali kewajipan ini dikenang dan diperingati semakin ramai umat manusia tinggalkannya. Apakah alasan perkara ini berlaku. Israk mikraj juga sepatutnya membawa satu fenomena baru kepada masyarakat islam, dengan pelbagai bencana dan jenayah yang berlaku. Ini telah Allah gambarkan kepada rasul tentang umat manusia di akhirat nanti. Semua ini tidak memberi apa-apa pada mereka. Masalah sosial da keruntuhan akhlak semakin parah, namun mereka yang berwajib masih buat bodoh. mungkinkah kita tunggu bala Allah datang seperti thunami? wahai saudara ku, dunia ini sudah tua, insaflah! nilailah diri untuk mati.

Thursday, May 21, 2009

demam exam

pelajar sekarang macam biasa je dengan exam, kalau dulu, kita macam nak hadapi perang! pa2 pun saya doakan pelajar2 dapat menjawab dengan baik dan mendapat kepuasan yang dihajati.

Tuesday, May 12, 2009

Ibu oh ibu

hari ibu bagaikan suatu yang indah bagi mereka yang tahu erti 'ibu',alangkah hebat bagi anak-anak ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.Adakah kita tahu fenomena hari ini,'ibu telah melahirkan tuan-tuan mereka'. Bagi kita umat islam seharusnya sedar bahawa kita sudah di perhujung,satu-persatu tanda-tanda akhir zaman diperlihatkan tapi semakin hebat kita melawan allah. Sedarlah wahai ummah,insaflah sebelum ajal tiba, Marilah sama-sama kita sedekahkan fatihah buat ibubapa kita dan doakan mereka serta martabatkan mereka pada tempat yang sewajarnya, semaga kita dimertabatkan juga nanti oleh anak-anak kita. Ya Allah, tukhan ynag maha pengasih lagi maha penyayang 'peliharalah ibu dan bapa kami dengan selayaknya seperti mana mereka menjaga kami dari kecil lagi' Amin

Wednesday, May 6, 2009

Kemestian seorang guru

v Yang Leka Disedari
v Yang Jahil Diajari
v Yang Nakal Dinasihati
v Yang Lupa Diingati Kembali
v Yang Sakit Diubati
v Yang Lemah Dikuatkan
v Yang Bijak Dibestarikan
v Yang Tidur Dijagakan

Rahsia bulan islam

Bulan Jamadil Awwal.


  1. Peperangan ‘Al ‘Ashirah’ pada tahun kedua Hijrah, dipimpin oleh Baginda saw. Tidak berlaku apa-apa pertempuran disebabkan perjanjian damai yang dimeterai antara Rasulullah saw dengan Bani Mudlij dan penyokong mereka Bani Hamzah. Baginda saw bersama sahabat kembali ke Madinah.

  1. Peperangan ‘Zat Ar Riqa’ pada tahun kedua Hijrah, diketuai oleh Baginda saw. Ianya di satu kawasan di daerah Najd dikediaman Bani Muharib dan Bani Tha’labah dari kaum Ghatafan. Tiada pertempuran dan peperangan yang berlaku, ianya dinamakan ‘Zat Ar Riqa’ ( yang mempunyai cebisan kain ) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebesan kain kerana kepanasan bumi Najd.

  1. Perutusan sekumpulan tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah ke ‘Al Qussah’ yang mengandungi 10 orang. Ianya bertujuan memerangi Bani Tha’labah, tetapi perutusan tersebut telah diserang hendap oleh seratus orang Badwi dan membunuh kesemua perutusan itu kecuali Muhammad bin Maslamah yang mendapat kecederaan parah sehingga orang-orang Badwi menyangkanya telah mati. Sekumpulan Badwi yang lain telah membawa beliau ke Madinah untuk mendapatkan rawatan di sana.

  1. Peperangan Mu’tah pada tahun kelapan Hijrah. Ianya disebabkan oleh pembunuhan yang dilakukan oleh Syarahbil bin ‘Amr Al Futhaniy terhadap seorang utusan Rasulullah saw Al Harith bin Umair Al Azdiy dari kaum Bani Lahab. Beliau diutusi Baginda saw membawa sepucuk surat ke maharaja Rom atau pembesar Busra tetapi dia telah ditahan dan diikat oleh Syarahbil lalu dibunuhnya. Rasulullah saw amat murka dengan pembunuhan tersebut kerana mengikut peraturan di zaman itu seseorang utusan tidak boleh diapa-apakan sehinggalah dia pulang ke tempat asalnya. Baginda saw menghantar sekumpulan tentera dikepalai oleh Zaid bin Harithah dan berpesan “sekiranya Zaid terkorban, dia hendaklah diganti oleh Ja’afar bin Abi Talib, sekiranya dia terkorban juga Abdullah bin Abi Rawahah akan memimpin tentera tadi”. Kesemua sahabat tadi syahid di dalam peperangan itu lalu ianya dipimpin oleh Khalid bin Al Walid yang telah mengundurkan tentera Islam secara tersusun dan kemas tanpa mengalami apa-apa kehilangan jiwa dan kekalahan.

  1. Peperangan Ajnadin pada tahun ketiga belas Hijrah. Ianya berlaku di antara tentera Islam yang dipimpin oleh ‘Amr bin Al ‘As, Abu ‘Ubaidah bi Al Jarrah dan Syarahbil bin Hasanah dengan tentera Rom yang dikepalai oleh Wardan. Tentera Rom tewas di dalam peperangan itu dan pemimpin mereka Wardan juga mati di situ. Ianya berlaku berhampiran bandar Ramallah dan membuka jalan untuk pembukaan bandar Palestin.

  1. Kematian Asma’ binti Abi Bakar As Siddiq yang digelar ‘Zat An Nitoqain’, salah seorang yang dijanji masuk ke syurga Allah swt dan merupakan orang perempuan kedua yang memeluki Islam selepas Khadijah binti Khuwailid. Beliau meninggal pada tahun 73 Hijrah semasa berumur seratus tahun. Merupakan ibu kepada Abdullah bin Az Zubair yang telah dibunuh oleh Al Hajjaj As Thaqafiy.

  1. Kematian Abdullah bin Az Zubair pada 17 Jamadil Awwal tahun ke 73 Hijrah yang merupakan anak kaum Muhajirin yang pertama dilahirkan di Madinah semasa penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah. Bapanya Az Zubair bin Al ‘Awwam sepupu Nabi saw dan ibunya Asma’ binti Abu Bakar As Siddiq, emak saudaranya ‘Aishah binti Abu Bakar. Beliau syahid dibunuh oleh Al Hajjaj bin Yusuf pembesar kerajaan Bani Umaiyah.

Tuesday, May 5, 2009

mat sepak bola

Kalu dah minat 2, kat mana pergi pasti dicarinya, aku sekarang join dengan team guru-guru t. gemok rompin. seronok sakan dapat sepak bola, dulu kat kulai dah banyak team aku join dan banyak jugalah hadiah aku dapat,cuma aku sedar umur makin meningkat prestasi pun tak konsisten so ukur umur pada dirilah bila main tu. Kalau dulu pa je pertandingan aku sibuk je, tapi sekarang terpaksa bahagi dengan famili lagi2 berjauhan dengan anak dan famili

Waktu Solat