Pages

Tuesday, October 29, 2013

Tahun Baru

Tahun Baru islam akan menjelma,apakah azam baru nanti? namun azam tahun ini dah tercapai ke? Jom kawan-kawan muhasabah diri kita, apakah kita sudah ok tau ko?muhasabah hubungan kita dengan allah, rasulnya dan sesama insan. Jadikan dir kita lebih baik dahulu sebelum menghukum orang lain. Selamat tahun baru hijriah. semoga terus dibawah payungan arash Allah

Monday, October 28, 2013

mendaki bukit besar



kecergasan fizikal amat penting pada kami pelajar-pelajar kspk pj 2008

tahun 2013

Suka dan duka yang dilalui telah banyak memberi kekuatan pada ku.di awal tahun dapat pindah ke kampung bersama keluarga terasa dunia ini semuanya indah,kawan yang masih berulang-alik demi tanggungjawab bersabar dan teruskan usaha,pengalaman ini banyak mengajar aku tentang kesusahan,kebencian,dendam,sabar dan kesetiaan. Dulunya ramai kawan yang bersama tapi dikala kesempitan entah ke mana, tiada taringlah, tiada powerlah semua alasan-alasan dunia.
selepas pemergian ayah,aku kehilangan insan yang banyak memotivasikan diri ini,aku pasrah,dikala aku kebuntuan,pusara ayahlah tempatku ziarah,berdoa dan hadiahkan al-quran untuk ayah,seolah-olah kekuatan diri ini kembali, segala nasihat dan tunjuk ajar ayah serta amanahnya seakan-kan kembali mengatasi jiwa yang suram ini. aku sekali lagi dikejutkan dengan pemergian ibuku 3 oktober 2013.aku seperti hilang semuanya,tiada lagi yeguran,tiada lagi nasihat tiada lagi marah mereka, aku amat merindui semua itu. Kawan - kawan ,ingat setiap patah perkataan yang mereka luahkan bagaikan emas dan permata,sayangilah mereka dikala mereka masih bersama. Al-fatihah buat ibu dan ayah,semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,aminnnnnn

Thursday, October 29, 2009

exam3

demam peperiksaan makin terasa dikalangan guru-guru, yang pelik pelajar relax semacam je tak ada pa yang nak difikirkan seolah-olah dah penuh ilmu didada dah siap sedia untuk menjawab. saya teringat zaman remaja dulu, maka exam nie dah macam nak mati je, takut sangat2.mungkin pelajar kini terlalu hebat ke terlalu bodoh sombong.harap2 pelajr kita semakin matang dengan globalisasi kini. dunia semakin canggih, sesiapa yang hebat terus kehadapan dan yang bodoh sombong duk berangan sorang2.

Tuesday, July 21, 2009

israk mikraj

rejab menceritakan segalanya,bulan yang mulia sisi umat islam. Sejarah membawa pelbagai peristiwa besar seperti kewajipan solat. Hakikatnya setiap kali kewajipan ini dikenang dan diperingati semakin ramai umat manusia tinggalkannya. Apakah alasan perkara ini berlaku. Israk mikraj juga sepatutnya membawa satu fenomena baru kepada masyarakat islam, dengan pelbagai bencana dan jenayah yang berlaku. Ini telah Allah gambarkan kepada rasul tentang umat manusia di akhirat nanti. Semua ini tidak memberi apa-apa pada mereka. Masalah sosial da keruntuhan akhlak semakin parah, namun mereka yang berwajib masih buat bodoh. mungkinkah kita tunggu bala Allah datang seperti thunami? wahai saudara ku, dunia ini sudah tua, insaflah! nilailah diri untuk mati.

Thursday, May 21, 2009

demam exam

pelajar sekarang macam biasa je dengan exam, kalau dulu, kita macam nak hadapi perang! pa2 pun saya doakan pelajar2 dapat menjawab dengan baik dan mendapat kepuasan yang dihajati.

Tuesday, May 12, 2009

Ibu oh ibu

hari ibu bagaikan suatu yang indah bagi mereka yang tahu erti 'ibu',alangkah hebat bagi anak-anak ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.Adakah kita tahu fenomena hari ini,'ibu telah melahirkan tuan-tuan mereka'. Bagi kita umat islam seharusnya sedar bahawa kita sudah di perhujung,satu-persatu tanda-tanda akhir zaman diperlihatkan tapi semakin hebat kita melawan allah. Sedarlah wahai ummah,insaflah sebelum ajal tiba, Marilah sama-sama kita sedekahkan fatihah buat ibubapa kita dan doakan mereka serta martabatkan mereka pada tempat yang sewajarnya, semaga kita dimertabatkan juga nanti oleh anak-anak kita. Ya Allah, tukhan ynag maha pengasih lagi maha penyayang 'peliharalah ibu dan bapa kami dengan selayaknya seperti mana mereka menjaga kami dari kecil lagi' Amin

Waktu Solat