Pages

Sunday, November 10, 2013

AKHIR TAHUN

hampir  setahun balik kampung selepas berkelana 10 tahun kat johor, pelbagai dugaan yang ditempuh, sekarang aku memangku jawatan mak dan ayah  disamping tugas rasmi sebagai abang,ayah,suami. tangggungjawab ini amat berat untuk dipikul,semoga aku dapat melaksanakan amanat ini dengan sebaiknya dan sejujurnya,Ya Allah permudahkan urusan ini demi amanat arwah ayah dan ibu

Monday, November 4, 2013

kurniaan persahabatan amat mahal dan berharga, semalam 3/11/13 ,saya pergi ke endau mersing untuk menemani sahabat saya. bak kata orang jadi 'dribar' kat johor. mulanya macam2 fikir,tapi atas niat yang baik Allah telah memudahkan urusan kami, apatah lagi kawan2 lama nak jumpa dan bertemu muka, macam saudara mara,hanya datang bual2 je,saya dapat rasakan kemesraan ini membuat saya rindukan endau dan rompin.Ya Allah murahkan rezeki sahabat2ku dan kurniakanlah kesihatan yang baik,

Tuesday, October 29, 2013

Tahun Baru

Tahun Baru islam akan menjelma,apakah azam baru nanti? namun azam tahun ini dah tercapai ke? Jom kawan-kawan muhasabah diri kita, apakah kita sudah ok tau ko?muhasabah hubungan kita dengan allah, rasulnya dan sesama insan. Jadikan dir kita lebih baik dahulu sebelum menghukum orang lain. Selamat tahun baru hijriah. semoga terus dibawah payungan arash Allah

Monday, October 28, 2013

mendaki bukit besar



kecergasan fizikal amat penting pada kami pelajar-pelajar kspk pj 2008

tahun 2013

Suka dan duka yang dilalui telah banyak memberi kekuatan pada ku.di awal tahun dapat pindah ke kampung bersama keluarga terasa dunia ini semuanya indah,kawan yang masih berulang-alik demi tanggungjawab bersabar dan teruskan usaha,pengalaman ini banyak mengajar aku tentang kesusahan,kebencian,dendam,sabar dan kesetiaan. Dulunya ramai kawan yang bersama tapi dikala kesempitan entah ke mana, tiada taringlah, tiada powerlah semua alasan-alasan dunia.
selepas pemergian ayah,aku kehilangan insan yang banyak memotivasikan diri ini,aku pasrah,dikala aku kebuntuan,pusara ayahlah tempatku ziarah,berdoa dan hadiahkan al-quran untuk ayah,seolah-olah kekuatan diri ini kembali, segala nasihat dan tunjuk ajar ayah serta amanahnya seakan-kan kembali mengatasi jiwa yang suram ini. aku sekali lagi dikejutkan dengan pemergian ibuku 3 oktober 2013.aku seperti hilang semuanya,tiada lagi yeguran,tiada lagi nasihat tiada lagi marah mereka, aku amat merindui semua itu. Kawan - kawan ,ingat setiap patah perkataan yang mereka luahkan bagaikan emas dan permata,sayangilah mereka dikala mereka masih bersama. Al-fatihah buat ibu dan ayah,semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,aminnnnnn

Thursday, October 29, 2009

exam3

demam peperiksaan makin terasa dikalangan guru-guru, yang pelik pelajar relax semacam je tak ada pa yang nak difikirkan seolah-olah dah penuh ilmu didada dah siap sedia untuk menjawab. saya teringat zaman remaja dulu, maka exam nie dah macam nak mati je, takut sangat2.mungkin pelajar kini terlalu hebat ke terlalu bodoh sombong.harap2 pelajr kita semakin matang dengan globalisasi kini. dunia semakin canggih, sesiapa yang hebat terus kehadapan dan yang bodoh sombong duk berangan sorang2.

Tuesday, July 21, 2009

israk mikraj

rejab menceritakan segalanya,bulan yang mulia sisi umat islam. Sejarah membawa pelbagai peristiwa besar seperti kewajipan solat. Hakikatnya setiap kali kewajipan ini dikenang dan diperingati semakin ramai umat manusia tinggalkannya. Apakah alasan perkara ini berlaku. Israk mikraj juga sepatutnya membawa satu fenomena baru kepada masyarakat islam, dengan pelbagai bencana dan jenayah yang berlaku. Ini telah Allah gambarkan kepada rasul tentang umat manusia di akhirat nanti. Semua ini tidak memberi apa-apa pada mereka. Masalah sosial da keruntuhan akhlak semakin parah, namun mereka yang berwajib masih buat bodoh. mungkinkah kita tunggu bala Allah datang seperti thunami? wahai saudara ku, dunia ini sudah tua, insaflah! nilailah diri untuk mati.

Waktu Solat