Pages

Tuesday, May 5, 2009

zikir hati

ذكر مناجات

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لله وَلاَإلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar

الله ، الله ، الله ، ياالله

Allah , Allah , Allah , Allah

حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ نَبِيْ مُحَمَّدٌ صَلّّى اللهُ

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.

تُبْنَا إِلَى اللهِ ، وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ ، وَنَدِمْنَا عَلَى مَافَعَلْنَا

Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan

فَسُبْحَانَ مَنْ لاَيَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ

Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya

وَمَنْ هُوَ فَوْقَ اْلعَرْشِ فَرْدٌ مُوَحَّدٌ

(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang di esakan

مَلِيْكٌ عَلَى عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنُ

Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

ِلعِزَّتِهِ تَعْنُوْ الوُجُوْهُ وَتَسْجُدُ

Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk(wajah-wajah)

حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ نَبِيْ مُحَمَّدٌ صَلّّى اللهُ

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْمَلِكِ الْحَقِّ الْمُبِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar

مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَادِقُ الوَعْدِ الأَمِيْنَ

Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

أَسْتَغْفِرُ اللهَ إنَّ اللهَ كَانَ تَوَّاباً

Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat


sama2lah kita amalkan .semoga jiwa,hati dan perasaan kita tenang dan bersemangat, buat teman dan taulan hidup hanya tumpangan sementara tapi semuanya bagai tugasan yang berat untuk insan mencari sesuatu yang untuk hari pertemuan terakhir nanti. semoga doa dan zikir ini menjadi amalan kita bersama


No comments:

Waktu Solat